MAJLIS PRA GAWAI DAYAK 2014

Front Gawai

 

Bersempena dengan perayaan Hari Gawai yang dirayakan pada setiap 1 Jun, JMG Sarawak telah mengadakan Majlis Pra Gawai Dayak 2014 pada 16 Mei 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Baiduri.  Majlis ini adalah yang kedua diadakan sejak tahun 2012.

Hari Gawai atau lebih dikenali sebagai Pesta Gawai adalah perayaan yang disambut oleh kaum peribumi Sarawak yang terdiri daripada kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu (Kenyah dan Kayan) serta kaum Dayak di Kalimantan Barat. Pesta ini merupakan perayaan tradisi bagi menyambut tahun baru yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan juga permulaan kepada musim menanam padi yang baru.

Pada Majlis Pra Gawai Dayak 2014 yang diadakan di JMG Sarawak, majlis dimulai dengan perarakan untuk menyambut tetamu. Tetamu disambut dengan paluan gendang dan juga minuman bergas, F&N Zapel. Diketuai oleh Pengarah JMG Sarawak, En. Alex Unya Ambun diikuti dengan para tetamu yang terdiri daripada kakitangan jabatan, dijemput duduk bersila di dalam bilik mesyuarat yang telah berubah wajah menjadi seperti berada di rumah panjang. Bilik Mesyuarat Baiduri telah dihamparkan dengan anyaman tikar buluh. Di tengah-tengah bilik, diletakkan sepohon pokok yang digantung dengan pelbagai makanan. Pohon ini digelar pokok Secara simbolik, kepelbagaian jenis makanan yang digantung pada pokok ranyai terbabit melambangkan rezeki.

Bagi memulakan majlis, En. Alex Unya selaku ketua pengabang dipersembahkan dengan bahan-bahan yang terdiri daripada beras, telur, ikan salai, sirih, tuak dan sebagainya bagi tujuan melengkapkan upacara miring. Sepanjang upacara miring dilakukan, En. Alex Unya (ketua pengabang)  dan En. Maling Kayan (hulubalang) menjelaskan kepada tetamu sebab dan tujuan miring dilakukan berdasarkan kepercayaan masyarakat peribumi.  Penjelasan ini sedikit sebanyak membantu tetamu memahami adat masyarakat peribumi Sarawak.

Selesai upacara miring, upacara bebiau/ bersampi dilakukan bagi tujuan meminta berkat. Ia dilakukan dengan upacara memotong dunggul ayam untuk mengeluarkan darah. Bagaimanapun, upacara penyembelihan sebenar tidak dilakukan. Selepas itu, ketua pengabang menabur beras kuning untuk sumpahan musuh. Ketua pengadang menggunakan kain pua melitupi dirinya sebagai pelindung untuk dirinya sendiri. Selesai upacara terbabit, ketua pengadang membawa piring ke tiang bangunan/ rumah untuk disimpan di atas kelingkang (buluh yang diikat). Menurut kepercayaan kaum peribumi, piring terbabit yang mengandungi bahan-bahan miring yang setiap satunya adalah 8 jenis bagi disembahkan kepada orang petara (orang langit) yang datang untuk makan. Bagaimanapun, piring terbabit hanya boleh disimpan dalam tempoh untuk 3 hari sahaja. Bilangan bahan dalam piring sekurang-kurangnya 8 atau kurang kerana ia mewakili keturunan.

aluan kepada para tetamu. Selesai ucapan, tetamu dipersembahkan dengan tarian tradisional oleh En. John Joseph Jubin Aro dan Puan Hilda. Pengarah JMG Sarawak, En. Alex Unya juga memperlihatkan bakat menari tarian tradisional beliau. masing dengan menari tarian tradisional. Di antaranya ialah Pn. Silvia Joseph, En. Enggong Aji, En. Dana Badang, En. Mohd. Hatta, En. Ngang Ngano dan sebagainya.

Selain persembahan tarian, tetamu juga sempat turut serta dalam pertandingan meminum air kopi yang dimenangi oleh En. Minai Muling dan juga aktiviti karaoke. Salah satu acara kemuncak Majlis Pra Gawai 2014 ialah pemilihan Keling Gawai dan Kumang Gawai. Keling Gawai JMG Sarawak dimenangi oleh En. Clarence Anyau sementara Kumang Gawai pula dimenangi oleh Puan Silvia Joseph.

Acara terakhir ialah mengelilingi pokok ranyai. Aktiviti ini yang dikenali sebagai merayah pokok ranyai adalah salah satu cara untuk memeriahkan majlis Gawai. Di dalam aktiviti merayah ini, makanan yang digantung pada pokok ranyai terbabit dipotong secara suka-suka dan diagihkan kepada keluarga/ tetamu yang hadir.

Majlis Pra Gawai 2014 JMG Sarawak berakhir dengan aktiviti sampingan iaitu aktiviti karaoke. Bagi kakitangan yang baru sahaja menyertai jabatan, pengalaman ini adalah satu pengalaman yang menarik. Di samping dapat mengenali adat resam kaum peribumi, mereka dapat memahami perayaan-perayaan yang ada di bumi Sarawak. Bagi kakitangan yang tidak pernah mengalami atau merasai perayaan Pesta Gawai yang dirayakan di rumah panjang, ataupun tidak pernah menjejak kaki ke rumah panjang,  penjelasan serta demonstrasi secara simbolik oleh Pengarah JMG Sarawak, En. Alex Unya Ambun dan En. Maling Kayan adalah satu informasi yang sangat berguna. Semoga aktiviti Majlis Pra Gawai ini diteruskan sampai bila-bila sepertimana  perayaan-perayaan lain yang dirayakan atau disambut oleh pelbagai masyarakat di Malaysia.

 

 Gawai 1a

Gawai 1b

Gawai 1c

Gawai 1d

Gawai 1e

Gawai 1f

Gawai 1g

Gawai 1h

Gawai 1i

Gawai 1j

Gawai 1k

Gawai 2

 

 

 

 

 

 

 

Written by : Marina M