TAKLIMAT DAN PENERANGAN CRAIC COALPRO IIITM MICROSCOPE PHOTOMETER

TAKLIMAT DAN PENERANGAN CRAIC COALPRO IIITM MICROSCOPE PHOTOMETER

KUCHING, 16 Oktober 2018, Selasa – Aktiviti Sumber Arang Batu telah mengadakan taklimat dan penerangan berkaitan CRAIC CoalPro IIITM Microscope Photometer di Bilik Mesyuarat Baiduri JMG Sarawak. Taklimat telah disampaikan oleh Wakil Syarikat Borneo Indah Sdn Bhd. Pegawai-pegawai daripada Aktiviti Sumber Batu, Mineral Berlogam, Mineralogi dan Petrologi, dan Mineral Perindustrian termasuk wakil pegawai daripada JMG Sabah turut hadir ke taklimat ini.

Taklimat dimulakan dengan pengenalan CRAIC CoalPro IIITM Microscope Photometer, spesifikasi dan perisian yang digunakan agar petrologist arang batu dapat mengukur pantulan vitrinite arang batu dengan cepat dan tepat selaras dengan protokol piawaian ISO 7404 dan ASTM D2798.

Menurut wakil syarikat, antara kelebihan CRAIC CoalPro IIITM Microscope Photometer adalah kalibrasi secara otomatik, data pengukuran pantulan vitrinite dan pengukuran fluorescence dapat dikumpul, disimpan serta diolah manakala laporan dijana meliputi histogram piawaian industri.

Kini penentuan gred arang batu adalah berdasarkan GCV melalui analisis sampel arang batu di Makmal Arang Batu JMG Sarawak dan diharapkan penggunaan mikroskop photometer pada masa akan datang boleh menambah elemen kajian dan juga meningkatkan pengetahuan tentang jenis serta gred arang batu.

1

2

Written by : Marina M