TAKLIMAT KESELAMATAN SINARAN - AWARENESS

TAKLIMAT KESELAMATAN SINARAN - AWARENESS

KUCHING, SARAWAK, 11 November 2019 - Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sarawak telah mengadakan Taklimat Keselamatan Sinaran – Awareness pada 11 November 2019. Kursus telah dikendalikan oleh wakil daripada Alpha Centennial Sdn. Bhd, En. Zainal Abidin dan dihadiri seramai 20 orang kakitangan terdiri daripada Ketua-ketua Aktiviti dan kakitangan Unit Perkhidmatan Makmal.

Taklimat Keselamatan Sinaran yang diadakan ini memberikan pendedahan kepada para peserta berkenaan beberapa perkara penting berkaitan sinaran. Di antara tajuk taklimat merangkumi pengenalan kepada sinaran, undang-undang sinaran, Program Keselamatan Sinaran, prosedur kerja selamat dan sebagainya.

Para peserta berpeluang untuk memahami jenis-jenis sinaran dan isu-isu yang berkaitan. Penceramah juga memberi pencerahan tentang isu-isu dan keraguan berkaitan sinaran. Sesi ini amat bermakna kerana ia berupaya meningkatkan pengetahuan dan membantu percambahan maklumat berkenaan sinaran dan ciri-ciri keselamatan yang harus dipatuhi dalam menjalankan tugas dan mengendalikan peralatan saintifik berkaitan sinaran.

Semoga taklimat berkaitan keselamatan sinaran akan diteruskan pada bila-bila masa agar kesedaran keselamatan tersemat di hati semua kakitangan yang terlibat.

 

1

2

Written by : Marina M