HARI KELUARGA JMGSWP 2019

HARI KELUARGA JMGSWP 2019

Pada 22 - 24 November 2019 (Jumaat - Ahad) yang lalu, Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Selangor/ Wilayah Persekutuan (KESUKSES) telah menganjurkan satu aktiviti tahunan, Hari Keluarga warga JMGSWP,  bertempat di Corus Paradise Resort, Port Dickson. Objektif utama acara tahunan Hari keluarga ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara warga JMGSWP dan keluarga di samping meningkatkan  semangat kerjasama antara ahli kelab.

Pada tahun ini KESUKSES telah dapat mencapai penyertaan yang tertinggi setakat ini dengan penglibatan sebanyak 38 keluarga dengan seramai 86 ahli dewasa dan 26 orang kanak-kanak. Antara aktiviti yang telah berjaya dianjurkan adalah sukaneka kategori dewasa, wanita dan kakan-kanak, tarik tali campuran, berkayak serta 'banana boat ride'. Harapan aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa kan datang bagi mewujudkan persekitaran yang positif di tempat kerja dan menguatkan lagi keakraban sesama ahli kelab.

 

Written by : Daniel