MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP

SHAH ALAM, 01 Julai 2022 -  JMGSWP telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 07/2022 di bilik mesyuarat Kuarza. Untuk makluman, majlis perhimpunan akan diadakan pada hari Jumaat pertama setiap bulan seperti mana yang dicadangkan oleh Yang Berusaha Pengarah JMGSWP, Tuan Haji Mohd Zulkiflee bin Che Soh. Majlis perhimpunan pada kali ini telah dipengerusikan oleh En. Nopazli bin Ramzi, bacaan doa oleh En. Mohd Hafeez bin Rusli serta lafaz Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam oleh En. Muhammad Nur Hafiz bin Ali. 

Program majlis diteruskan dengan perutusan dan amanat yang disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Pengarah JMGSWP dan disusuli tayangan montaj video aktiviti-aktiviti jabatan bagi bulan Jun sebelum diakhiri dengan sesi Perkongsian Ilmu yang dikongsikan bersama oleh Timbalan Pengarah Unit Pembangunan Lombong dan Kuari, Puan Salmiah binti Nawi yang menyampaikan penerangan hasrat kerajaan untuk melestarikan "Matlamat Pembangunan Mampan Sektor Perlombongan di Malaysia".

Written by : Daniel