JMGKPP Anjur Program Imarah Ramadan 1434H

ALOR SETAR, 29 Julai 2013 - Kelab Sukan dan Kebajikan (KASKEK) JMGKPP telah melaksanakan program Ihya Ramadhan 1434H. Program ini menjurus kepada tazkirah Ramadhan, Tadarus Alโ€“Quran dan Kelas Asas Tajwid.

Tazkirah Ramadhan telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman bin Omar bertarikh 14 Julai 2013, Ustaz Zamri bin Hashim bertarikh 16 Julai 2013 dan Ustaz Izzad Hambali bin Hj. Hamzah bertarikh 28 Julai 2013 bertempat di Bilik Delima, JMGKPP. Program ini telah dikendalikan oleh En. Badrol bin Mohammad, Timbalan Pengarah Geosains.

Ihya Ramadhan 1434H 1

Manakala Program Tadarus Alโ€“Quran dibuat pada waktu rehat tengahari dari jam 1.00 tengahari hingga 2.00 petang, diketuai oleh En. Hamdan bin Ariffin, Timbalan Pengarah Sumber Mineral. Seramai lapan kakitangan JMGKPP telah turut serta program tersebut yang dibuat setiap hari bekerja di surau JMGKPP.

Ihya Ramadhan 1434H

Disamping itu, Kelas Asas Tajwid telah diadakan setiap hari selasa sepanjang Ramadhan. Kelas ini telah dipimpin oleh En. Juna Azleen Bin Abdul Ghani, Timbalan Pengarah Lombong & Kuari. Seramai 20 orang kakitangan telah menyertai program ini yang bertempat di Bilik Delima, JMGKPP.

Harapan kami, semoga usaha kerja program Ihya Ramadhan kali ini dapat memenuhi tuntutan Ramadhan dalam mencari Lailatul Qadar disamping meningkatkan pengetahuan agama dalam kalangan pegawai dan kakitangan JMGKPP.

Disediakan oleh: Ishak Ahmad

Written by : afif