BESERI, 16 Februari 2014 - JMGKPP diketuai oleh Puan Nur Susila binti Md. Saaid, Pegawai Geosains telah membawa 18 orang pelajar dan guru-guru pengiring dari IPG Kampus Pulau Pinang melihat kepelbagaian sumber batuan dan fosil di sini.
Fosil-fosil serta batuan di Bukit Tunku Lembu ini berusia Permian dalam peringkat Artinskian. Antara ciri-ciri menarik yang dapat di lihat ialah pelbagai jenis silang lapis termasuklah 'Hummocky', pelapisan flaser, kesan riak (ripple marks), sesar dan pelipatan batuan.
Lawatan sambil belajar di Perlis ini disertai oleh pelajar-pelajar institut perguruan yang bakal menamatkan pengajian dalam bidang sains.
Selain Bukit Tunku Lembu, Perlis mereka turut dibawa melihat landskap batu kapur dan kesan peninggalan paras laut kuno (fosil cengkerang) yang terdapat di Gua Bukit Kubu, Kuala Perlis. Sesi taklimat dan penerangan tentang JMG dan skala geologi juga turut diadakan di sebelah paginya yang disampaikan oleh En. Muhammad Mustadza bin Mazni dan En. Fakhruddin Afif bin Fauzi.