KERJA LAPANGAN HIDROGEOLOGI DI KAWASAN PULAU SIBU DAN PULAU TINGGI , MERSING, JOHOR

KERJA LAPANGAN HIDROGEOLOGI DI KAWASAN PULAU SIBU DAN PULAU TINGGI , MERSING, JOHOR

Pulau Sibu dan Pulau Tinggi, Mersing, 27 - 29 Februari 2024 – Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Johor (JMG) bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Pejabat Kesihatan Daerah Mersing telah menjalankan satu kerja lapangan hidrogeologi di Klinik Kesihatan Pulau Sibu dan Klinik Kesihatan Pulau Tinggi pada 27 hingga 29 Februari 2024 yang lalu.

Seramai 8 orang wakil dari JMG Johor bersama dengan 2 orang wakil daripada JKN dan 4 orang wakil dari PKD menyertai kerja lapangan ini. Tinjauan tapak dan kerja-kerja awalan seperti augering telah dijalankan bagi mengenal pasti profil sub permukaan dan lokasi yang bersesuaian untuk pembinaan telaga tiub.

Sumbangan artikel : FB jmgjohor

Written by : asrul