KUNJUNG HORMAT DARIPADA DATO' SRI PEK KOK SAM KE PEJABAT JMG JOHOR

KUNJUNG HORMAT DARIPADA DATO' SRI PEK KOK SAM KE PEJABAT JMG JOHOR

Johor Bahru, 24 Julai 2024 - JMG Johor telah menerima kunjungan hormat daripada Dato' Sri Pek Kok Sam yang merupakan salah seorang pemain dalam industri perlombongan di Johor sejak 20 tahun yang lalu. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan dalam pengurusan dan perlaksanaan industri perlombongan.

JMG selaku agensi persekutuan yang bertanggungjawab dalam memastikan perlaksaan industri perlombongan sentiasa berjalan mengikut peraturan dan selamat serta kelestarian alam sekeliling terpulihara, akan terus membantu dan menjadi pemudahcara. Tanpa persefahaman dan kerjasama, industri perlombongan ini tidak akan berkembang dan memberikan pulangan terbaik kepada negeri dan masyarakat.

Sumbangan artikel :Β FBΒ jmgjohor

Written by : asrul