KUNJUNGAN KE UNIT PENGURUSAN PERBADANAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR

KUNJUNGAN KE UNIT PENGURUSAN PERBADANAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR

Iskandar Puteri, 11 April 2025 - Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin bersama dengan En. Hairul bin Mohamad Shaharuddin (Timbalan Pengarah Pembangunan Lombong dan Kuari) dan Pn. Arda Anasha binti Jamil (Ketua Projek Sumber Mineral Strategik) telah berkunjung ke pejabat Unit Pengurusan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI) bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan peranan JMG yang boleh membantu Kerajaan Negeri dalam pengurusan sumber buminya. Perbincangan ini dilakukan bersama dengan En. Ambok Nani bin Muhamad Nor (Ketua Unit Pengurusan SSI) dan En. Mohd Azrul bin Abdul Azis (Pegawai Hartanah 1).

SSI merupakan agensi yang dipertanggungjawabkan mengurus tadbir harta tanah yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri melalui SSI selaras dengan misi menjalankan pengurusan hartanah secara telus, efektif dan efisien.

Sumbangan artikel : FB jmgjohor

Written by : asrul