LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK TEBOBON KOTA KINABALU SABAH KE JMG SABAH

Seramai 30 pelajar bersama dengan 3 orang guru dari SMK Tebobon Sabah telah membuat lawatan sambil belajar ke JMG Sabah pada 25 Oktober 2013. Lawatan sambil belajar ini dilakukan sempena Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) peringkat sekolah tahun 2013.

 

Lawatan ini disambut mesra oleh kakitangan JMG Sabah yang diketuai oleh En. Fredolin Javino dan dibantu oleh Pn. Jenneth Cyril, En. Nightingale dan En. Arthur Leo. Aktiviti yang terlibat semasa lawatan ini dijalankan adalah Pengenalan JMG & Fungsi dan Perkongsian Ilmu melalui sesi soal jawab antara guru, pelajar dan kakitangan JMG Sabah.

 

Written by : azlan0576