MAJLIS HI-TEA SEMPENA SAMBUTAN PRA PERSARAAN DR SIA SAY GEE

MAJLIS HI-TEA SEMPENA SAMBUTAN PRA PERSARAAN DR SIA SAY GEE
Johor Bahru, 12 Februari 2025 - Baru-baru ini Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor (KSKK) telah menganjurkan Majlis Hi-Tea sempena sambutan Pra-Persaraan Dr. Sia Say Gee, Timbalan Pengarah Unit Sumber Mineral dan Sambutan Pra-Ramadan 1446H.
Majlis diadakan di Hotel Holiday Inn Express, Johor Bahru dimeriahkan dengan kehadiran warga JMG Johor yang berpakaian serba biru dan putih. Ucapan aluan oleh Pengerusi KSKK selaku pengarah YBrs. Tuan Haji Noorazhar bin Ngatimin. Selamat bercuti diucapkan kepada Dr. Sia Say Gee dan semoga kenangan manis sepanjang di JMG Johor sentiasa tersemat di hati.
 
“Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau pertemukan kami dengan bulan Ramadhan”
Akhir sekali, selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak buat semua umat Islam.
 
Sumbangan artikel : FB jmgjohor

Written by : asrul