MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 5 & 6/2024 BERSERTA SAMBUTAN HARI GAWAI DAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 5 & 6/2024 BERSERTA SAMBUTAN HARI GAWAI DAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT JMG JOHOR

Johor Bahru, 09 Jun 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 05 & 06/2024 berserta Sambutan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan Peringkat JMG Johor di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Puan Yong Adilah binti Mustafa diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Muhammad Fariz bin Dzulkapri dan bacaan ikrar oleh Puan Nurzayana Zahira binti Shamsuri. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin.

Majlis diteruskan dengan agenda kelab KSKK JMG Johor yang di pengerusikan oleh Encik Muhammad Shazwan Zainie bin Jainal. Antara agenda KSKK adalah sambutan kelahiran April - Jun, sumbangan warded kepada kakitangan dan kuiz Kahot Pesta Kaamatan & Hari Gawai. Selepas itu majlis diteruskan dengan Sambutan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan. Dalam majlis ini terdapat berbagai - bagai acara yang dijalankan seperti tarian buluh, tarian poco-poco, tarian sumazau dan pakaian terpaling borneo.
 
Sumbangan artikel : FB jmgjohor

Written by : asrul