MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 6/2020 DAN TAKLIMAT GEOLOGI WARISAN NEGERI JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 6/2020 DAN TAKLIMAT GEOLOGI WARISAN NEGERI JOHOR

Johor Bahru, 20 September 2020 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 6/2020 dan taklimat mengenai geologi warisan di negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh Pn. Arda Anasha bt. Jamil, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Masni b. Ismail dan pembaca ikrar oleh En. Faizullah b. Mazlan Kepli. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Majlis diteruskan dengan Taklimat Geologi Warisan Negeri Johor oleh TPGS En. Mohd Fauzi b. Rajimin dimana bertujuan untuk menerangkan serba sedikit kemajuan terkini mengenai geotapak yang terdapat di Geopark Mersing. Pihak Jabatan juga meraikan kakitangan yang menyambut kelahiran untuk bulan Julai hingga September dengan  membuat sedikit majlis ringkas dan penyampaian cenderahati untuk mereka semua.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul