MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 7/2018

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 7/2018

Johor Bahru, 31 Julai 2018 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 7/2018 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh En. Muhammad Falah b. Zahri, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohammad Saufee b. Sehat dan pembaca ikrar oleh Puan Norfazelah bt. Hassan. 

Selepas itu, Pengarah JMG Johor En. Mohamad Hussein b. Jamaluddin telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini. Dalam masa yang sama, Pengarah JMG Johor memberitahu bahawa dia akan berangkat menunaikan ibadah haji pada tahun ini dan melafazkan beribu ribu kemaafan jika ada melakukan kesilapan dan meminta warga JMG Johor mendoakan dia supaya dapat melakukan ibadah haji dengan sempurna dan mendapat haji mabrur.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul