Majlis Persaraan Dr. Mohd Suhaili Bin Ismail (Timb Pengarah Unit Sumber Mineral JMG Sabah)

Majlis Persaraan Timbalan Pengarah Unit Sumber Mineral (SM), Dr. Mohd Suhaili Bin Ismail telah disambut pada 27hb Ogos 2013 yang lepas. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr. Mohd Suhaili yang telah menyumbangkan jasa dan memberikan tunjuk ajar kepada semua kakitangan di bawah penyeliaan beliau.

Beliau mula berkhidmat di dalam jabatan JMG sejak 01hb Mac 1985. Beliau dipindahkan ke Sabah dan mula berkhidmat di Jabatan Mineral & Geosains Sabah sebagai Timbalan Pengarah Unit Sumber Mineral bermula 01hb Mei 2012. Beliau kemudiannya, memilih untuk bersara pilihan bermula 01hb Oktober 2013. Sekalung penghargaan kepada Dr. Mohd Suhaili dan jasamu akan dikenang selama-lamanya.

Foto Kiri : Cenderahati daripada JMG Sabah diwakili oleh En. Alexander Yan (Pengarah JMG Sabah). Foto Kanan (Atas) : Cenderahati daripada Unit Sumber Mineral JMG Sabah diwakili oleh En.Hillary Muyan (Ketua Pegawai Kajibumi). Foto Kanan (Tengah) : Cenderahati daripada Kelab Kebajikan & Rekreasi Mineral & Geosains Sabah (KEM-G) diwakili oleh En. Eddie Affandy Mohd Yusslee (Presiden KEM-G). Foto Kanan (Bawah) : Cenderahati daripada Badan Kebajikan Kakitangan Islam (BKKI) diwakili oleh Hj. Kamaruddan Bin Abdullah (Presiden BKKI).

Written by : azlan0576