Mesyuarat Bersama Agensi-agensi Utama Penguatkuasaan Task Force Pasir di Pulai Spring Resort, Johor

Johor Bahru - Mesyuarat Bersama Agensi-agensi Utama Penguatkuasaan Task Force Pasir telah diadakan pada 7 Februari 2013 (Khamis) bertempat di Pulai Spring Resort, Johor. Mesyurat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri Zoal Azha Bin Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Turut menghadiri mesyuarat ini adalah Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Yang Berbahagia Dato’ Haji Yunus Bin Abdul Razak, Timbalan Ketua Pengarah Korporat dan Ekonomi Mineral Malaysia Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Tuan HajiMustapha Bin Mohd Lip dan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Negeri Johor Tuan HajiShahar Effendi Bin Abdullah Azizi.

Antara agensi-agensi lain yang turut serta ialah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).

Seterusnya satu lawatan telah diatur pada sebelah petang untuk melihat keberkesanan pemasangan peralatan pengimbas (eksport) di Custom and Immigration Quarantine Complex(CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor Bahru, Johor. Taklimat telah disampaikan oleh Kastam Custom and Immigration Quarantine Complex(CIQ).

 

Written by : liyana