MESYUARAT JAWATANKUASA BLOGGER JMG SABAH BIL.2/2018

MESYUARAT JAWATANKUASA BLOGGER JMG SABAH BIL.2/2018

KOTA KINABALU, SABAH (3 APRIL 2018) : SELASA, Satu Mesyuarat Jawatankuasa Blogger JMG Sabah Bil.2/2018 telah diadakan pada 3 April 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Chromite, Blok Jesselton, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Eddie Affandy Bin Mohd Yusslee yang juga selaku moderator Jawatankuasa Blogger JMG Sabah.

Antara perkara yang dibincangkan adalah laporan blogger dimana setiap berita perlulah dilaporkan dalam kadar yang segera supaya berita tersebut mempunyai nilai yang tinggi. Disamping itu pengerusi mesyuarat juga menyampaikan beberapa maklumat penting susulan daripada Taklimat Kepada Blogger JMG Negeri semasa Mesyuarat Pengarah-Pengarah Negeri Bil.1/2018 yang berlangsung di Port Dickson baru-baru ini.

Mesyuarat juga dimaklumkan untuk mematuhi Garis Panduan Perlaksanaan Blog Bagi Agensi Sektor Awam dan Panduan Penyediaan dan Penyiaran Berita Online di Laman Web Agensi-Agensi Kerajaan dalam menulis blog supaya berita yang disampaikan sentiasa tepat dan betul. Akhir sekali pengerusi mesyuarat mengucapkan tahniah kepada pasukan blogger JMG Sabah kerana telah berjaya menduduki carta paling atas dalam senarai Blog JMG Negeri.

BLOGGER 3

BLOGGER 2

Written by : ruddey