MESYUARAT TEKNIKAL PASCA BANJIR DI TAMAN NEGARA JOHOR (TNJ) ENDAU-ROMPIN

MESYUARAT TEKNIKAL PASCA BANJIR DI TAMAN NEGARA JOHOR (TNJ) ENDAU-ROMPIN

Iskandar Puteri, 19 Mac 2024 - Mesyuarat Teknikal Pasca Banjir di Taman Negara Johor (TNJ) Endau-Rompin telah diadakan di pejabat Perbadanan Taman Negara Johor, Iskandar Puteri. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Taufik b. Bahar Pengarah PBNJ dan dihadiri oleh wakil agensi teknikal seperti JMG, JKR ,UTM, UTHM, Pegawai Daerah Mersing dan Pegawai Daerah Segamat.

Objektif mesyuarat memfokuskan pembentangan laporan awal bagi setiap agensi terlibat hasil daripada lawatan tapak pada 5 Februari 2024. Turut hadir Pengarah JMG Johor, Tuan Haji Noorazhar b. Ngatimin, En. Norhazidi b. Masrom (Penolong Pengarah Kanan) dan En. Muhammad Syahmi b. Mohamad (Penolong Pengarah) dari Unit Geosains JMG Johor.

Sumbangan artikel : FB jmgjohor

Written by : asrul