
'Ground Zero' Putra Heights
⏰ 7 April 2025
Pasukan JMG telah berada di lokasi bencana paip gas terbakar Putra Heights semenjak hari kejadian.
Tugasan pasukan JMG adalah bertumpu kepada menentukan kestabilan tanah di tapak bencana, analisa sampel geologi di samping menyumbang pengalaman dalam geoforensik.
Kini, ahli geologi JMG tidak lagi hanya menumpukan kajian mahupun pemetaan geologi semata; bidang geoforensik adalah merupakan salah satu bidang yang menjadi keutamaan kami di JMG.
Situasi semasa : Pelbagai pasukan teknikal dari pelbagai jabatan dan agensi berada di tapak kejadian bagi menjalankan tugasan mengikut kepakaran masing-masing.
Bagi JMG, semua analisa adalah berdasarkan bukti dan kajian saintifik.
⚒️ Selamat Hari Ahli Geologi 2025 ⚒️
🌏 Ahli Geologi : Mengemudi Masa Hadapan
Kredit gambar : JMG, BERNAMA
dan FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
#JMG
#NRES
#MADANIBekerja