PEPERIKSAAN PEMBEDIL AMALI BIL. 1/2018 (SESI LAPANGAN) DI KUARI HSBMSB JESSELTON HILL PADA 7 MAC 2018.

PEPERIKSAAN PEMBEDIL AMALI BIL. 1/2018 (SESI LAPANGAN) DI KUARI HSBMSB JESSELTON HILL PADA 7 MAC 2018.

KOTA KINABALU, SABAH (07 MAC 2018) : RABU, Peperiksaan Pembedil Amali Bil. 1/2018 (Sesi Lapangan) dijalankan di Kuari HSBMSB Jesselton Hill, Telipok, Sabah pada 7 Mac 2018. Seramai tiga orang calon telah menghadiri sesi lapangan ini. Pemilihan tapak dan kuari untuk peperiksaan ini adalah atas inisiatif calon-calon peperiksaan itu sendiri.

Panel-panel Peperiksaan Pembedil Amali Bil. 1/2018 seramai enam orang panel terdiri daripada 3 orang panel dari JMG Sabah dan 2 orang panel dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman juga seorang panel dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), IPK Sabah.

Sesi lapangan ini dijalankan bertujuan untuk membolehkan panel dan calon melaksanakan perancangan dan tindakan untuk kerja-kerja peletupan di lapangan.
Lubang gerudi yang perlu untuk peperiksaan ini adalah sebanyak 10 lubang untuk setiap calon. Lubang gerudi telah digerudi sebanyak 30 lubang, 10 lubang dalam satu baris dan dalam kedudukan tiga baris.

Persiapan awal telah dilaksanakan oleh calon-calon peperiksaan. Peralatan pembedil hendaklah sentiasa ada dan mencukupi. Calon-calon diuji mengikut operasi peletupan sebenar seperti pemeriksaan tapak peletupan, mengecaj lubang peletupan, sambungan terakhir inisiasi dan pemantauan kerja peletupan. Calon-calon juga disoal tentang tindakan sekiranya berlaku salah cetus.

Peperiksaan Pembedil Amali Bil. 1/2018 (Sesi Lapangan) telah berjalan dengan lancer dan pembedilan telah dilaksanakan pada jam 4.00 petang.

Sumber:

1. Mohd Shafreen bin Mad Isa, UPLK, JMG Sabah.
2. Nurul Huda bin Romli, UPLK, JMG Sabah.

Sumber Penulisan : Tn. Hj. Nurul Huda bin Romli

Pembedil Amali 1

Tapak peletupan yang akan dijalankan Peperiksaan Pembedil Amali Bil. 1/2018 (Sesi Lapangan) di Kuari HSBMSB Jesselton Hill, Telipok, Sabah.

Pembedil Amali 2

Seorang calon Peperiksaan Pembedil Amali Bil. 1/2018 (Sesi Lapangan) menunjukkan peralatan pembedil yang perlu ada oleh seorang Pembedil.

Pembedil Amali 3

Kerja mengukur kedalaman lubang gerudi dan menentukan lubang gerudi tersebut mestilah lurus sedang dilakukan oleh salah seorang calon peperiksaan

Pembedil Amali depan

Salah seorang calon sedang persiapan untuk demonstasi campuran ANFO di lapangan.

 

Written by : SHAFREEN