Perhimpunan Bulanan JMG Johor Januari 2013

Perhimpunan bulanan bilangan 1/2013 telah diadakan pada 17 Januari 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat Kuarza Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Negeri Johor yang telah dihadiri oleh seramai 37 orang kakitangan. Pengarah JMG Johor, Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi dalam perutusannya mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan JMG Johor kerana telah dapat melaksanakan semua program dan aktiviti yang dirancangkan bagi tahun 2012. Beliau berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada tahun 2013. Tuan Pengarah juga mengingatkan semua warga JMG Johor agar mengutamakan penjagaan kesihatan diri masing-masing. Warga JMG Johor diminta membacakan Al-Fatihah khusus untuk arwah En. Yusof Ismail (mantan Pengarah Kajibumi Johor) yang telah kembali ke rahmatullah pada 29 Disember 2012.

Written by : liyana