PROGRAM ECO-HOST KEPADA GEOGUIDE

PROGRAM ECO-HOST KEPADA GEOGUIDE

Mersing, 31 Oktober 2023 - Program Eco-Host kepada Geoguide bagi tujuan permohonan lesen di bawah MOTAC telah berjaya diadakan bertempat di Hotel Seri Malaysia Mersing, Johor.

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui JMG Malaysia telah menganjurkan program ini kepada peserta geoguide Johor yang telah berjaya meghadiri kursus asas dan lanjutan geoguide pada September 2022 yang lalu. 
 
 
Ucapan aluan dan taklimat ringkas telah disampaikan oleh Encik Muhammad Syahmi bin Mohamad (Penolong Pengarah) JMG Johor berkenaan kepentingan serta keperluan pelesenan mengikut Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482). Turut hadir Pn. Suriawaty binti Md Yusof (Ketua Penolong Setiausaha) dari Ibu Pejabat MOTAC dan En. Saipol Anuar bin Abd Wahid (Penolong Pegawai Tadbir Tinggi) dari MOTAC Negeri Johor. Ceramah disampaikan oleh Pn. Nurul Azira bte Mohd Sapuan.
 
Sumbangan artikel : FB jmgjohor 
 

Written by : asrul