Satu sesi lawatan perkongsian ilmu Kementerian Ekonomi ke Lombong KL Larut dan Lembah Damai (GHL Geopark) pada 25 Julai 2024. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/ Wilayah Persekutuan. Lawatan ini turut disertai oleh deligasi Kementerian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli (BEASSA) diketuai oleh Puan Zawati Yusrah Binti Zainuddin selaku Timbalan Pengarah. Deligasi dari pihak JMG pula diketuai oleh Pengarah, P.Geol. Tuan Rusli Bin Tuan Mohamed.
Sesi lawatan tersebut merangkumi lawatan ke Lombong KL Larut Bestari Jaya dan Lembah Damai (GHL Geopark).
Lawatan ke Lombong KL Larut adalah untuk menerangkan bagaimana penarafan kemampanan industri perlombongan dan pengkuarian di Selangor dijalankan, Lombong KL Larut merupakan salah satu lombong yang diaudit.
Lawatan kedua adalah di Gua Icibawa yang juga adalah sebahagian daripada kompleks Gua Damai yang yang merupakan salah satu geotapak di dalam Geopark Geopark Gombak Hulu Langat (GHL). Gua ini merupakan salah satu pusat tarikan pelancongan terutamanya untuk pembelajaran mengenal formasi yang terdapat di dalam gua tersebut serta kehidupan di dalamnya.