ALOR SETAR, 5 Jun 2013 – Satu Program Taskforce Perluasan Sistem Pengurusan Aset (SPA) telah diadakan baru-baru ini bertarikh 3-4 Jun 2013 di Bilik IT, Unit Pengurusan Maklumat, JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang. Program ini telah disertai seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JMG KPP. Program ini juga dikelolakan oleh Unit Pengurusan Maklumat, JMG KPP dengan kerjasama Unit Pengurusan Maklumat & Pentadbiran, JMG Ibu Pejabat.
Program Taskforce SPA ini telah berjalan dengan jayanya selama 2 hari yang meliputi taklimat tatacara pengurusan SPA (Modul Admin) dan tunjuk ajar secara “hands on” untuk memasukkan kod lokasi SKATA juga mendaftar aset (Harta Modal dan Harta Inventori) jabatan. Taklimat Program Taskforce SPA berkenaan telah disampaikan oleh Puan Nafiza Jomhari, Pegawai Teknikal SPA JMG dibantu oleh Puan Rukiah Ali Amat. Sesi latihan praktikal (hands on) yang diadakan melibatkan Pegawai Aset, Pegawai Pendaftar dan Pegawai Pengesah aset jabatan termasuk peserta lain yang hadir sebagai pendedahan. Tujuan program ini diadakan bagi memenuhi sasaran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan Perbendaharaan Malaysia (MOF) dalam persediaan pelaksanaan sistem Accrual Accounting pada tahun depan.
Di akhir program, para peserta telah dapat menimba pengetahuan "hands on" Sistem Pengurusan SPA secara terus disamping melengkapkan rekod fizikal aset jabatan secara berkesan dan berinovasi. Disamping itu, program ini turut melayakkan para peserta yang hadir untuk mendapatkan 1 hari latihan berkursus.