ALOR SETAR, 23 Januari 2014 - JMGKPP telah mengadakan Perhimpunan Bulanan peringkat jabatan buat kali pertama dalam tahun 2014.
Perhimpunan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Delima ini dikelolakan oleh Unit Sumber Mineral dan dihadiri oleh semua kakitangan jabatan.
Dalam perutusan yang disampaikan oleh Pengarah, Tuan Haji Zainol bin Haji Husin B.C.K, belliau mengalu-alukan kehadiran kakitangan jabatan ke alam tahun baru 2014 dan mengharapkan setiap penjawat awam sentiasa komited dan bekerjasama menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan baik.
Perhimpunan berakhir pada jam 11.30 pagi dengan jamuan sarapan nasi lemak yang dimasak sendiri oleh kakitangan jabatan.