SESI LIBAT URUS AGENSI BERKEPENTINGAN "PEMBANGUNAN GEOTAPAK BUKIT PAYUNG, BATU PAHAT, JOHOR UNTUK PRODUK GEOPELANCONGAN"

SESI LIBAT URUS AGENSI BERKEPENTINGAN "PEMBANGUNAN GEOTAPAK BUKIT PAYUNG, BATU PAHAT, JOHOR UNTUK PRODUK GEOPELANCONGAN"
Johor Bahru, 07 Ogos 2023 - JMG Johor telah mengadakan satu sesi Program Libat Urus Projek Pembangunan Geotapak Bukit Payung, Batu Pahat, Johor sebagai Produk Geopelancongan di Hotel Seri Malaysia Johor Bahru, Johor.
 
Terdapat 21 agensi yang terlibat diantaranya adalah Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Jabatan Warisan Negara, JPSM Negeri Johor, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Jabatan Perhutanan Negeri Johor. Majlis tersebut dirasmikan oleh Tuan Haji NizarulIkram Bin Abdul Rahim Pengarah Penyelaras Pelaksanaan Operasi (PPO) JMG Malaysia dan diiringi oleh Timbalan Pengarah Sumber Mineral JMG Johor Dr. Sia Say Gee.
 
Sesi libat urus ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan maklum balas untuk di gunakan sebagai garispanduan bagi pembangunan projek geotapak di kawasan Bukit Payung. Dalam sesi taklimat ini, pembentangan di bentang oleh 2 panel iaitu Encik Mohd Mustadza bin Mazni (Penolong Pengarah Kanan) dari JMG Ibupejabat dan Encik Muhammad Syahmi bin Mohamad (Penolong Pengarah) dari JMG Johor. Sesi perbincangan dan maklum balas diadakan selepas sesi pembentangan yang dikendalikan oleh moderator iaitu Encik Khairul Zaman bin Ibrahim (Timbalan Pengarah Geosains JMG Johor).
 
Sumbangan artikel : FB jmgjohor

Written by : asrul