Sesi Rakaman Ucapan Aidilfitri JMGKPP Meriah

Pejabat JMGKPP hari ini meriah dengan pelbagai warna dan gaya kakitangannya berpakaian bersempena Sesi Rakaman Ucapan Hari Raya Aidilfitri dan Kemerdekaan Malaysia ke-55.

Sesi rakaman ucapan bermula jam 9.00 pagi dengan taklimat ringkas daripada Ketua Unit Pengurusan Maklumat (KUPM) JMGKPP merangkap poengarah program, En. Mustadza bin Mazni berkenaan objektif dan perjalanan sesi rakaman. Sesi rakaman ucapan secara beramai-ramai dibuat di dua lokasi, iaitu di Bilik Delima dan di ruang lobi.

rakaman raya jmgkpp

Sesi rakaman ucapan ini dibuat untuk dikompilasikan bersama ucapan dari JMG negeri yang lain sebelum dihantar ke Bahagian PPO, Ibu Pejabat JMG untuk disiarkan pada hari raya nanti.

Rakaman ucapan individu daripada Pengarah JMG KPP, Tn. Hj. Zainol bin Husin dan timbalan-timbalan pengarah turut dibuat di bilik masing-masing. Ucapan mengikut unit dalaman juga turut diadakan.

Rakaman ucapan boleh ditonton di sini.

Selain sesi rakaman ucapan, sesi fotografi turut diadakan pada hari yang sama.

Written by : afif