Sekitar Siasatan Geologi Bencana Tanah Jerlus di Masjid India dan Tembok Penahan Runtuh di Taman Bunga Raya, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Team Bencana Geologi JMG SWP telah turun ke tapak bersama Datuk Ketua Pengarah JMG dan Pengarah JMG SWP untuk memberikan khidmat kepakaran berkaitan geologi kepada agensi terlibat dalam usaha 'search and rescue' yang dijalankan.
Penerangan ringkas berkaitan geologi turut diberikan kpd YBM Wilayah Persekutuan, YB Dr. Zaliha Bt. Mustafa dan pihak berkaitan.
Marilah bersama kita berdoa supaya misi pencarian dipermudahkan.
Secara umumnya, JMG sentiasa memberi penekanan supaya pembangunan hendaklah beradaptasi dengan alam sekitar, dan bukan melawan alam sekitar. Pada masa sama, aspek 'Disaster Risk Reduction' hendaklah diamalkan dalam setiap inci pembangunan di Malaysia.