𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐁𝐈𝐆 𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐀𝐍𝐀𝐋𝐘𝐓𝐈𝐂𝐒 𝐍𝐑𝐄𝐒 | 𝟗 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒
YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah merasmikan Majlis Pelancaran Sistem Big Data Analytics Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (BDA NRES) bagi kes bisnes Pengurusan Bersepadu Bencana Geologi Tanah Runtuh Negara atau akronimnya GeoSlide hari ini.
Majlis berlangsung di Conference Hall 1, PICC dengan bertemakan "Unlock the Power of Data with GeoSlide's Analytics Solutions" dan telah dihadiri oleh 130 orang peserta.
Program pengurusan perubahan BDA NRES ini adalah sebagai sebuah program kesedaran dan kecaknaan mengenai pembangunan sistem BDA NRES bagi kes bisnes GeoSlide. Selain itu, program ini sebagai platform libat urus bersama agensi responder, jabatan Kerajaan, universiti dan NGO, dan seterusnya memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada Agensi Pembekal Data dalam pembangunan data analitik GeoSlide serta memperkukuhkan sinergi antara semua pihak berkepentingan (stakeholders) yang terlibat dalam pengurusan dan koordinasi bencana.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), YBhg. Datuk P.Geol Zamri bin Ramli FIGM dan Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Tuan Hj. Mohd Azman bin Hj. Mohd Ariffin.