
TELUPID, SANDAKAN ~ Pada 26 November 2017, satu lawatan sambil belajar ke tapak bauksit di Kg. Tapaang KM 7 Telupid Sandakan.
Lawatan sambil belajar ini diketuai oleh En. Farid Zainudin Ketua Aktiviti Mineral Perindustrian JMG Sabah. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada ketua-ketua aktiviti yang lain berkaitan bauksit di Sabah yang banyak terdapat di Daerah Telupid. Pengarah JMG Sabah turut serta dalam perogram lawatan sambil belajar ini.