KANGAR, 11 JANUARI 2021 (ISNIN) - Satu program lawatan kerja Menteri Tenaga dan Sumber Asli ke Aspiring Perlis Geopark telah diadakan dengan sempurna pada 10 Januari 2021.
Antara jadual Yang Berhormat Dato' Dr. Shamsul Anuar Bin Hj. Nasarah yang disusun oleh JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang (JMGKPP) ialah lawatan ke Geotapak Bukit Lagi dan Geotapak Bukit Jernih. Keunikan yang berjaya ditonjolkan di Geotapak Bukit Lagi ialah fitur takik laut kuno (ancient sea notch) sebagai bukti paras air laut kuno pada batu kapur Formasi Chuping berusia Perm.