MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 3/2024 JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 3/2024 JMG JOHOR
Johor Bahru, 03 Mac 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 03/2024 JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Cik Nurun Niswa binti Samsol Bari diikuti dengan bacaan doa oleh En. Aidil Hamka bin Ithnin dan bacaan ikrar oleh En. Muhammad Shazwan Zainie bin Jainal. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, Tuan Haji Noorazhar bin Ngatimin. Majlis diteruskan dengan Taklimat; Penerangan Program Kebajikan Maksak Malaysia 2024 & Manfaat Khas untuk semua Penjawat Awam dengan Usahasama Maksak Malaysia (Jabatan Perdana Menteri Malaysia) dan penceramah En. Hashrol bin Junaidi bersama Pn. Raihana binti Affandi. 
Baca selanjutnya

KERJA LAPANGAN HIDROGEOLOGI DI KAWASAN PULAU SIBU DAN PULAU TINGGI , MERSING, JOHOR

KERJA LAPANGAN HIDROGEOLOGI DI KAWASAN PULAU SIBU DAN PULAU TINGGI , MERSING, JOHOR

Pulau Sibu dan Pulau Tinggi, Mersing, 27 - 29 Februari 2024 – Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Johor (JMG) bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Pejabat Kesihatan Daerah Mersing telah menjalankan satu kerja lapangan hidrogeologi di Klinik Kesihatan Pulau Sibu dan Klinik Kesihatan Pulau Tinggi pada 27 hingga 29 Februari 2024 yang lalu.

Baca selanjutnya

SEKALUNG TAHNIAH DAN PENGHARGAAN BUAT PN HANIZA BINTI ZAKRI

SEKALUNG TAHNIAH DAN PENGHARGAAN BUAT PN HANIZA BINTI ZAKRI
SEKALUNG TAHNIAH DAN PENGHARGAAN BUAT PN HANIZA BINTI ZAKRI
 
PUTRAJAYA, 29 Februari 2024 - Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Pn Haniza Binti Zakri, Timbalan Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral di Ibu Pejabat Jabatan Mineral & Geosains Malaysia (JMG) diatas kenaikan pangkat sebagai Pengarah JMG Negeri Sembilan/Melaka berkuatkuasa 1 Mac 2024.
 
Lipat sirih di tapak tangan,
Letak sekapur dalam dupa,
Budi yang baik jadi kenangan,
budi puan kami tak lupa.
 
Kami warga Cawangan Ekonomi Mineral (CEM) akan sentiasa mendoakan karier yang lebih cemerlang buat puan dan selamat maju jaya di tempat kerja yang baharu. Setiap suka dan tawa riang sudah pasti tidak akan luput dalam memori kami. Begitu juga segala jasa, bakti dan nasihat akan sentiasa tersemat dalam ingatan. Semoga berjumpa lagi kita pada masa akan datang.
 
Ayam rintik dipinggir hutan,
Nampak dari tepi telaga,
Nama yang baik jadi ingatan,
Seribu tahun terkenang juga.

MESYUARAT KUMPULAN FOKUS KAJIAN PERTENGAHAN PENGGAL (INTERIM AKHIR PENGGAL) ASEAN MINERAL COOPERATION ACTION PLAN-III (AMCAP) 2016-2025 (MTR AMCAP-III)

MESYUARAT KUMPULAN FOKUS KAJIAN PERTENGAHAN PENGGAL (INTERIM AKHIR PENGGAL) ASEAN MINERAL COOPERATION ACTION PLAN-III (AMCAP) 2016-2025 (MTR AMCAP-III)
MESYUARAT KUMPULAN FOKUS KAJIAN PERTENGAHAN PENGGAL (INTERIM AKHIR PENGGAL) ASEAN MINERAL COOPERATION ACTION PLAN-III (AMCAP) 2016-2025 (MTR AMCAP-III)
 
29 February 2024, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia bersama Bahagian Mineral dan Geosains NRES telah menghadiri Mesyuarat Kumpulan Fokus Kajian Pertengahan Penggal (Interim Akhir Penggal) AMCAP-III 2016-2025 secara dalam talian. Mesyuarat ini diwakili oleh Tn Hj Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor (SUB BMG), En Yusari Basiran (PGH EM), En Zamzuri Ghazalee, En Mohd Hasdi Muda dan En Ikhwan Hadi Suhaime.
 
Intipati perbincangan mesyuarat ini adalah bagi membentangkan kemajuan dan meningkatkan lagi strategi mineral ASEAN untuk pembangunan modal insan ASEAN. Selain itu, mesyuarat juga mensasarkan untuk mendapatkan draf akhir bagi laporan pertengahan penggal (Interim End-term) bagi pembangunan Pelan Strategik Pasca Komuniti Ekonomi ASEAN 2025 (ASEAN Economic Community, AEC)
 
Kerjasama negara-negara ASEAN dalam merancang dan merangka strategi untuk pembangunan industri mineral dan modal insan amat penting untuk kemajuan industri mineral negara.

LAWATAN KERJA PENANDA ARAS PIHAK DELEGASI PERUNDING UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KE JMG MALAYSIA PUTRAJAYA,

LAWATAN KERJA PENANDA ARAS PIHAK DELEGASI PERUNDING UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KE JMG MALAYSIA PUTRAJAYA,
LAWATAN KERJA PENANDA ARAS PIHAK DELEGASI PERUNDING UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KE JMG MALAYSIA
PUTRAJAYA,
 
29 Februari 2024 - Pihak perunding UMS telah mengadakan satu lawatan kerja penanda aras ke JMG Malaysia dengan tujuan untuk mengumpul pandangan mengenai pelaksanaan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta Dasar Mineral Negara (DMN) bagi penyediaan dokumentasi Pelan Pembangunan Mineral Sabah 2024-2030 yang komprehensif. Pelan ini akan menjadi hala tuju untuk semua operasi perlombongan mineral di Negeri Sabah.
 
Perbincangan yang dipengerusikan oleh Pn. Jayawati daripada Cawangan Ekonomi Mineral Ibu Pejabat JMG dengan dihadiri oleh 10 orang pegawai daripada UMS yang diketuai oeh Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Rodeano Roslee, Pgeol. dan beberapa pegawai ekonomi mineral, memfokuskan kepada dasar dan enakmen-enakmen sedia ada yang digunapakai oleh kerajaan persekutuan dan negeri-negeri, perbezaan harga royalti mineral di setiap negeri serta keperluan melakukan pendengaran awam dan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan.
 
Semoga penyediaan Pelan Pembangunan Mineral Sabah 2024-2030 ini dapat merancakkan lagi industri mineral negara.