KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT TIMBALAN SUK PEMBANGUNAN NEGERI JOHOR

KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT TIMBALAN SUK PEMBANGUNAN NEGERI JOHOR

Iskandar Puteri, 06 Februari 2025 - Pengarah JMG Johor YBrs. Tuan Haji Noorazhar bin Ngatimin bersama dengan Timbalan Pengarah, Dr. Sia Say Gee dan En. Norhazidi Masrom (Ketua Unit Geosains) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dato’ Haji Asman Shah bin Abd Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan).telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Jamil Hasni bin Abdullah. Turut serta ialah Penolong Pegawai Daerah, Puan Noor Nabilah binti Masnawi dan Penolong Jurutera Kanan, En. Mohd Hasrul Fahmee bin Hashim.

Matlamat utama pertemuan adalah bagi membincangkan perancangan projek pembangunan yang hendak dilaksanakan oleh JMG Johor pada RMKe-13 agar ia selari dan selaras dengan pembangunan Negeri Johor. Semestinya, setiap projek pembangunan yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat serta kemajuan ekonomi Negeri dan memastikan aspek kelestarian alam tetap diberikan penekanan.

Sumbangan artikel : FB jmgjohor

Written by : asrul