Johor Bahru, 06 Februari 2025 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 02/2025 JMG Johor telah diadakan di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Cik Nurun Niswa binti Samsol Bari diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Shazwan Zainie bin Jainal dan bacaan ikrar oleh Puan Fausta Angela Jout Anak Vincent. Perutusan Pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin.
Majlis diteruskan dengan pemurnian aset alih di JMG Johor dimana bertujuan untuk mengenalpasti status sebenar aset alih bagi tujuan rekod dan kelancaran pengurusan aset di Jabatan ini.
Sumbangan artikel : Asrul Sani bin Abdullah