MAJLIS SEJAMBAK KENANGAN, SELAUTAN PENGHARGAANMAJLIS SEJAMBAK KENANGAN, SELAUTAN PENGHARGAAN

MAJLIS SEJAMBAK KENANGAN, SELAUTAN PENGHARGAANMAJLIS SEJAMBAK KENANGAN, SELAUTAN PENGHARGAAN
IPOH, 11 DISEMBER – Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan (KSKPPM) telah menganjurkan “Majlis Sejambak Kenangan, Selautan Penghargaan” yang berlangsung di Dewan Hotel Casuarina, Meru, Ipoh. Majlis ini diadakan bagi menghargai kakitangan yang telah bersara dan berpindah, sebagai penghormatan atas jasa dan sumbangan mereka sepanjang berkhidmat di PPM.
Majlis yang penuh bermakna ini turut dihadiri oleh Yang Berusaha Dr. Nazwin binti Ahmad, Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral, bersama-sama Ketua-ketua Cawangan, Pegawai-pegawai Penyelidik, serta kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral yang lain. Kehadiran tetamu istimewa, iaitu para kakitangan yang telah bersara dan berpindah, memeriahkan suasana majlis yang diwarnai dengan rasa syukur dan penghargaan.
Baca selanjutnya

PROGRAM DEMONSTRASI INSTRUMEN FOURIER-TRANSFORM INFRARED SPECTROSCOPY (FTIR) MODEL IRSPIRIT

PROGRAM DEMONSTRASI INSTRUMEN FOURIER-TRANSFORM INFRARED SPECTROSCOPY (FTIR) MODEL IRSPIRIT
IPOH, 10 Disember - Cawangan Pelaksana Pengkomersialan, Pusat Penyelidikan Mineral dengan kerjasama Shimadzu Malaysia Sdn. Bhd. , telah menganjurkan satu program demonstrasi Fourier-transform Infrared Spectroscopy (FTIR) model IRSpirit pada hari ini.
Sesi ini telah dikendalikan oleh En. Yew Wooi Meng, Senior Application Chemist dari Shimadzu Malaysia Sdn. Bhd. Program ini telah dihadiri oleh seramai 32 orang pegawai dan pembantu penyelidik.
Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta dalam meningkatkan kefahaman terhadap penggunaan instrumen ini dan seterusnya dapat membantu dalam kerja-kerja penyelidikan.

Lawatan Guru-guru Negeri Perak ke Makmal REE JMG

Lawatan Guru-guru Negeri Perak ke Makmal REE JMG

IPOH, 12 Disember 2024:   Makmal REE, JMG Ipoh telah menerima kunjungan guru-guru seluruh Negeri Perak sempena Program STEM Camp di bawah Inisiatif SCITECH4U MOSTI tahun 2024. Mereka telah diberi penerangan oleh En. Mohd Zahar Ibrahim, Pegawai Geosains JMG. Dalam masa yang sama juga, pelajar-pelajar sekolah di bawa ke Makmal Mineralogi dan Petrologi bagi mempelajari teknik mendulang oleh En. Sufi.

Lawatan Ketua Pengarah JMG ke Malaco Mining dan Terra Mineral Laboratory, Gopeng

Lawatan Ketua Pengarah JMG ke Malaco Mining dan Terra Mineral Laboratory, Gopeng

GOPENG, 5 Disember 2024:  Ketua Pengarah JMG, Datuk Zamri Abdul Kadir telah membuat lawatan ke Malaco Mining Sdn. Bhd. bagi meninjau perkembangan kilang pemprosesan Unsur Nadir Bumi (REE) di Gopeng. Turut sama di dalam lawatan ini adalah TKSU MOSTI, Datuk Dr. Nor Azman, SUB NRES, Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Datuk Ir. Ahmad Zukni Ahmad Khalil, Pengarah JMG Perak, Tn. Hj. Nizarulikram Abdul Rahim, Pegawai-pegawai Kanan JMG dan wakil-wakil dari MIDA, Agensi Nuklear Malaysia dan Akademi Sains Malaysia. Datuk Ketua Pengarah juga dibawa melawat ke Makmal Analisis REE milik MB Inc Perak, Terra Mineral Laboratory (TML) di Gopeng, Perak.