Kempen Keselamatan Dan Ops Siaga Raya

Kempen Keselamatan Dan Ops Siaga Raya

KUANTAN, 24hb Mac 2023: Telah berlangsung Kempen Keselamatan Dan Ops Siaga Raya Sempena Sambutan Aidilfitri Tahun 2025 bertempat di East Coast Mall (ECM) Kuantan anjuran Jabatan BOMBA Dan Penyelamat Negeri Pahang. Program ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Ir. Razali Bin Kasim, DIMP., Exco Kerja Raya, Pengangkutan  Dan Kesihatan Negeri Pahang. Di program yang sama, Makmal Geokimia Kuantan telah dipilih untuk menerima Plat Menghapus Bahaya Kebakaran (MBK) yang disampaikan oleh YB. Dato’ perasmi program. Makmal Geokimia telah diwakili oleh En Yusril A’mali Bin Mohd Yusuf selaku ketua Makmal. Untuk makluman, Plat (MBK) tersebut akan diberikan kepada premis setelah dilakukan pemeriksaan dan penilaian serta perlu memenuhi krIteria tertentu yang telah ditetapkan oleh Jabatan BOMBA.

PROGRAM ZIARAH KASIH ANJURAN KELAB SUKAN KEBAJIKAN KAKITANGAN (KSKK) JMG JOHOR

PROGRAM ZIARAH KASIH ANJURAN KELAB SUKAN KEBAJIKAN KAKITANGAN (KSKK) JMG JOHOR

Johor Bahru, 14 Mac 2025 - Program Ziarah Kasih yang dianjurkan oleh KSKK JMG Johor merupakan satu usaha murni dalam menunjukkan keprihatinan terhadap warga JMG Johor dan bekas warga jabatan yang sedang menghadapi ujian dalam kehidupan. Lawatan ini diketuai oleh Pengerusi, Tuan Haji Noorazhar Ngatimin bersama beberapa ahli KSKK JMG Johor yang lain. Pertama, lawatan ke rumah keluarga Allahyarhamah Norfazelah binti Hassan yang telah kembali ke rahmatullah pada 10 Februari 2025. Allahyarhamah pernah berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir di JMG Johor dan telah banyak berjasa kepada jabatan. Semoga keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini. Seluruh warga JMG Johor turut mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Baca selanjutnya