KEJADIAN TANAH RUNTUH DI SETIA ECO VILLAGE, GELANG PATAH, JOHOR

KEJADIAN TANAH RUNTUH DI SETIA ECO VILLAGE, GELANG PATAH, JOHOR

Iskandar Puteri, 26 Mac 2025 - Pasukan Taskforce Bencana Geologi JMG Johor yang diketuai oleh Encik Muhammad Syahmi bin MohamadΒ telah menjalankan pemeriksaan di tapak tanah runtuh di Setia Eco Village, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor yang berlaku pada 20 Mac 2025 akibat hujan lebat yang berterusan yang melanda negeri Johor baru-baru ini. Pemeriksaan tertumpu kepada mengenalpasti punca dan sebabnya berlaku bencana tanah runtuh dikawasan tersebut dengan lebih terperinci.

Baca selanjutnya

π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀

π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀
Selamat bersara dan selamat maju jaya diucapkan kepada Dr Hj Izhar Abadi Bin Ibrahim Rais yang bersara pilihan pada 28 Mac 2025.
Seluruh warga Pusat Penyelidikan Mineral(PPM) mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala jasa, bakti dan ilmu serta pengalaman yang telah diberikan oleh Dr Hj Izhar Abadi, Ketua Cawangan Perlombongan dan Pengkuarian(CTPP) sebagai seorang Pegawai Penyelidik sepanjang 34 tahun dan 5 bulan bertugas di Pusat Penyelidikan Mineral.
Beliau merupakan seorang Pegawai Penyelidik yang amat berilmu dalam bidangnya, sentiasa merendah diri, amat teliti dan fokus dalam tugasan, sentiasa berkerjasama dan berkeperibadian yang amat tinggi.
Terima kasih kami ucapkan di atas khidmat bakti, tunjuk ajar dan kerjasama sepanjang bersama kami di PPM JMG.
Seluruh warga PPM mengucapkan selamat bersara dan semoga Dr Hj Izhar Abadi sentiasa diberikan kesihatan dan kesejahteraan, berada di dalam rahmat Allah S.W.T. di samping keluarga tercinta.

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK 1446H

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK 1446H
IPOH, 21 MAC - Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) melalui Biro Hawa telah menganjurkan satu program memasak bubur lambuk bertempat di Dewan Serbaguna, PPM.
Kira-kira 140 bekas bubur lambuk telah diedarkan kepada ahli KSKPPM termasuk ahli bersekutu, pelajar latihan industri,staf pembersihan dan pengawal keselamatan di PPM.
Diharapkan program ini dapat merapatkan hubungan
silaturahim di antara ahli KSKPPM disamping menyemarakkan semangat kerjasama
serta kerja berpasukan yang harmoni di kalangan ahli KSKPPM.
Β 

Iftar Kubra

Iftar Kubra
IPOH, 13 MAC – Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) hari ini telah mengadakan program β€˜Iftar Kubra’ bertempat di perkarangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM). Dalam program tersebut, seramai 30 orang anak yatim dan 5 orang pengiring dari Sekolah Latihan Wanita (SELAWA) Ipoh, Perak telah diraikan.
Baca selanjutnya

PERBINCANGAN LANJUTAN PERKONGSIAN DATA GEOSPATIAL SEDIMEN DASAR LAUT JMG-PETRONAS BAGI PENYEDIAAN PETA SEDIMEN DASAR LAUT DI PERAIRAN PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA

PERBINCANGAN LANJUTAN PERKONGSIAN DATA GEOSPATIAL SEDIMEN DASAR LAUT JMG-PETRONAS BAGI PENYEDIAAN PETA SEDIMEN DASAR LAUT DI PERAIRAN PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA

IPOH, 25 Mac 2025: Satu sesi perbincangan teknikal antara Unit Geologi Marin, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan PETRONAS telah diadakan bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam perkongsian data geospatial sedimen dasar laut. Perbincangan ini bertujuan untuk memperkukuh usaha pemetaan dan penyediaan Peta Sedimen Dasar Laut di perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Baca selanjutnya