PEMERIKSAAN GEOFORENSIK BENCANA PASCA PEMBANGUNAN (TANAH MENDAP) DI SELANGOR

PEMERIKSAAN GEOFORENSIK BENCANA PASCA PEMBANGUNAN (TANAH MENDAP) DI SELANGOR
JMGSWP telah menerima aduan dan melaksanakan pemeriksaan geoforensik pasca pembangunan di sekitar negeri Selangor.
Pemeriksaan bertujuan mengenalpasti tahap keselamatan dan menilai punca kejadian yang boleh disebabkan oleh proses semulajadi atau aktiviti antropogenik (kegiatan manusia).
Pasa masa sama, JMGSWP juga memberikan perkongsian kesedaran komuniti terhadap pengurusan risiko bencana supaya masyarakat lebih cakna terhadap tanda-tanda bencana.

PEMERIKSAAN & PENILAIAN LAPORAN PEMETAAN GEOLOGI TERAIN UTK PERMOHONAN KEMAJUAN PEMBANGUNAN OSC DI SHAH ALAM, SELANGOR

PEMERIKSAAN & PENILAIAN LAPORAN PEMETAAN GEOLOGI TERAIN UTK PERMOHONAN KEMAJUAN PEMBANGUNAN OSC DI SHAH ALAM, SELANGOR
SELANGOR, 6 september 2024 - Pihak JMGSWP telah melaksanakan pemeriksaan lapangan bagi menilai pematuhan penyediaan Laporan Pemetaan Geologi Terain. Secara anggaran purata, Laporan Pemetaan Geologi Terain yang diperiksa oleh pihak JMG SWP adalah sebanyak 5 hingga 10 lokasi seminggu, sekitar Selangor.
Untuk makluman umum, Laporan Geologi Terain adalah penting untuk pengenalpastian kawasan berisiko bencana, pengurusan 'Disaster Risk Reduction (DRR)' dan memastikan pembangunan dilaksanakan, selari dengan proses semulajadi bumi. Ianya adalah proses penting dalam permohonan kebenaran merancang secara keseluruhan, terutama apabila melibatkan kawasan sensitif alam sekitar (KSAS).
Antara aspek yang dinilai adalah melibatkan Geomorfologi, bahan dan proses geologi, serta aspek Hidrogeologi (pergerakan air bawah tanah) secara rantau.
Pemeriksaan telah dijalankan oleh P.Geol En. Haikal, Pn. Adira, En. Haziq dan En. Farhan bersama pihak pemaju dan konsultan.

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMG JOHOR KE ATAS PANGLIMA BRIGED KETUJUH INFANTRI MALAYISA DI KEM MAHKOTA KLUANG, JOHOR

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMG JOHOR KE ATAS PANGLIMA BRIGED KETUJUH INFANTRI MALAYISA DI KEM MAHKOTA KLUANG, JOHOR

Kem Mahkota, Kluang, 03 September 2024 - Hari ini, Pengarah JMG Johor YBrs. Tuan Haji Noorazhar b. Ngatimin bersama dengan Timbalan Pengarah Sumber Mineral Dr Sia Say Gee telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Briged Ketujuh Infantri Malaysia iaitu Brid Jen Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad di Kem Mahkota, Kluang, Johor.

Baca selanjutnya

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMG JOHOR KE ATAS PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI JOHOR.

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMG JOHOR KE ATAS PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI JOHOR.

Iskandar Puteri, 02 September 2024 - YBrs. Tuan Haji Noorazhar b. Ngatimin Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor bersama Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari En Hairul bin Mohamed Shaharudin mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Johor, Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali.

Baca selanjutnya