Majlis Peluncuran Projek SDG ESG Sektor Mineral Negara, Pembangunan Skim Pensijilan Kemampanan bagi Industri Perlombongan dan Pengkuarian di Malaysia.

Majlis Peluncuran Projek SDG ESG Sektor Mineral Negara, Pembangunan Skim Pensijilan Kemampanan bagi Industri Perlombongan dan Pengkuarian di Malaysia.

Majlis Peluncuran Projek SDG ESG Sektor Mineral Negara, Pembangunan Skim Pensijilan Kemampanan bagi Industri Perlombongan dan Pengkuarian di Malaysia.

YBhg. Datuk Haji P. Geol. Zamri bin Ramli telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Projek SDG ESG Sektor Mineral Negara, Pembangunan Skim Pensijilan Kemampanan bagi Industri Perlombongan dan Pengkuarian di Malaysia.
 
Projek ini julung kali dijalankan dan menyasarkan kemajuan mengurus tadbir industri perlombongan, pengkuarian dan pemprosesan mineral melalui pembangunan mekanisma pensijilan mampan industri yang berteraskan kepada prinsip SDG dan inisiatif ESG. Projek ini akan dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) tahun sehingga tahun 2026, selain perancangan jangka masa sederhana dan panjang turut telah tersedia.
 
Terdahulu dalam majlis yang sama, pengenalan kepada Projek SDG ESG Sektor Mineral Negara ini telah disampaikan oleh En. Salehuddin bin Mohamad selaku Ketua Projek, selain pasukan profesional ESG diketuai Ts. Raja Shazrin Shah bin Raja Ehsan Shah daripada Galaxy Tech Solutions (KL) Sdn. Bhd. turut diperkenalkan.
 
Majlis Peluncuran Projek SDG ESG Sektor Mineral Negara ini turut dihadiri oleh YBhg.Tuan Haji Kamaruddan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Zukni bin Ahmad Khalil, Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal, YBhg. Dato’ Nurul Huda bin Romli, Pengarah Cawangan Perkhidmatan Lombong dan Kuari, Timbalan-timbalan Pengarah (Lombong dan Kuari) daripada pejabat-pejabat JMG Negeri dan pegawai-pegawai kanan daripada Ibu Pejabat dan Bahagian Perkhidmatan Teknikal.
 
Mungkin imej 7 orang, Orang yang belajar dan teks
 
Mungkin imej 4 orang dan teks
 

Audit Dalaman MS ISO IEC 17025:2017

Audit Dalaman MS ISO IEC 17025:2017

KUANTAN, 28 Mei 2024: Makmal Geokimia Kuantan telah menerima kunjungan pegawai Internal Audit dari Makmal BPT, Ipoh bagi melaksana program Audit Dalaman MS ISO IEC 17025:2017 bagi tahun 2024. Pegawai-pegawai Internal Audit ini diketuai oleh En. Sharizan Ibrahim selaku Ketua Audit, manakala Pn. Akrimi Masua Mohamad dan Pn. Nurul Husna Ismayatim selaku Pegawai Audit Teknikal. Program ini adalah salah satu unsur penting bagi pengekalan sijil akreaditasi MS ISO IEC 17025:2017. Audit bermula pada 28 Mei 2024 dan berakhir pada 29 Mei 2024.

Lawatan Ke UTM Skudai dan Kilang Smart Asia Chemical Bhd

Lawatan Ke UTM Skudai dan Kilang Smart Asia Chemical Bhd
JOHOR BAHRU, 30 MEI - Sekumpulan kakitangan dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) Ipoh, telah mengadakan lawatan teknikal ke Makmal Struktur dan Bahan, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor hari ini.
Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para kakitangan PPM mengenai aplikasi praktikal dalam bidang kejuruteraan awam serta melihat sendiri peralatan ujian yang berkaitan. Lawatan yang berlangsung selama setengah hari ini melibatkan sesi taklimat yang disampaikan oleh Dr. Nur Hafizah Abd Khalid, Pensyarah Kanan di fakulti tersebut.
Pada sebelah petang, lawatan teknikal ini diteruskan dengan mengunjungi kilang Smart Asia Chemical Bhd di Ulu Tiram, Johor. Para kakitangan PPM disambut mesra oleh Pengarah Urusan syarikat itu sendiri, iaitu En. Goh Chye Hin serta diberi taklimat mengenai sejarah kilang, operasi harian, serta kepentingan pematuhan kepada standard keselamatan dan persekitaran.

Lawatan ke WMS Industrial Gas & Equipment Sdn. Bhd.

Lawatan  ke WMS Industrial Gas & Equipment Sdn. Bhd.
SKUDAI, 29 MEI - Satu lawatan teknikal bagi tujuan penyelidikan ke WMS Industrial Gas & Equipment Sdn. Bhd. telah dianjurkan oleh Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) dan Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB) yang disertai seramai 15 orang kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Ipoh
Syarikat WMS Industrial Gas & Equipment Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam industri penghasilan gas asetilena, gas karbon dioksida, gas argon dan gas oksigen yang beroperasi di Skudai, Johor,
Melalui lawatan ini, para penyelidik telah mendapat peluang untuk melihat sendiri proses kerja, teknologi yang digunakan dan amalan keselamatan yang diaplikasikan dalam industri gas asetilena tersebut.
Penyerahan cenderahati telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Nazwin binti Ahmad, Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) kepada En. Masny Ng, Pengurus Cawangan WMS Industrial Gas & Equipment Sdn. Bhd.

BENGKEL SUBMODUL PROGRAM PEMBANGUNAN KOMPETENSI

BENGKEL SUBMODUL PROGRAM PEMBANGUNAN KOMPETENSI
IPOH, 21 Mei – Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) telah menganjurkan satu Bengkel Submodul Program Pembangunan Kompetensi bagi Kumpulan Pelaksana Sokongan 2 pada 20 - 21 Mei 2024.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkenaan tatacara merekod kehadiran latihan melalui submodul Program Pembangunan Kompetensi dan menjalankan sesi latihan merekod secara hands-on menggunakan submodul Program Pembangunan Kompetensi bagi setiap peserta.
Seramai 27 orang peserta telah menghadiri bengkel ini terdiri daripada 11 orang Pembantu Operasi, 3 orang Pemandu Kenderaan H14/H11 dan 13 orang Pembantu Awam H11.
Taklimat bagi bengkel ini telah disampaikan oleh Hajah Marlinda binti Daud selaku Pegawai Perhubungan Latihan PPM dibantu oleh En. Azri bin Zakaria, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan En. Aliff Nurfaiz bin Aminudin, Pembantu Penyelidik.