Mineral Tempatan Pacu Inovasi! Pakar Kongsi Ilmu di SCI-INS 2025

Mineral Tempatan Pacu Inovasi! Pakar Kongsi Ilmu di SCI-INS 2025
Bangi, Selangor. 18 Februari - Industri mineral tempatan terus mendapat perhatian! Pegawai Penyelidik, Ts. Muhammad Afiq Afandi bin Abdul Aziz dari Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung, Pusat Penyelidikan Mineral tampil sebagai penceramah jemputan di Scientific Instrumentation 2024 (SCI-INS) yang berlangsung di Bangi Resort Hotel.
Beliau telah berkongsi topik menarik bertajuk "Extraction of Rare Earth Element from Ion Adsorption Clay: Basic Overview and Theory", di mana beliau menerangkan kaedah pengekstrakan Unsur Nadir Bumi (Rare Earth Elements, REE) daripada tanah liat. Unsur ini semakin penting dalam pelbagai industri seperti elektronik, tenaga boleh diperbaharui, dan teknologi canggih.
Sesi ini bukan sekadar perkongsian ilmu sahaja tetapi memberi peluang kepada penggiat industri untuk memahami potensi mineral tempatan dalam membangunkan ekonomi yang lebih mampan dan inovatif.
Dengan permintaan global terhadap REE yang semakin meningkat, kajian dan teknologi dalam bidang ini boleh membuka pintu kepada peluang baharu dalam sektor mineral Malaysia.