BENGKEL PELUPUSAN FAIL

BENGKEL PELUPUSAN FAIL
Ipoh, 18 – 19 Februari - Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP), Pusat Penyelidikan Mineral telah mengadakan satu Bengkel Pelupusan Fail. Bengkel selama 2 hari ini telah dikendalikan oleh Puan Nuriqa Irani binti Yahya dan Puan Dayana Afiqah binti Nasir, pegawai arkib dari Arkib Negara Malaysia.
Pelupusan fail merupakan satu proses melupuskan sesuatu fail kerajaan di mana secara fizikalnya masih ada dalam simpanan tetapi ia sudah tidak aktif, tidak digunakan lagi dan perlu dikeluarkan dari simpanan dan rekod.
Semasa melaksanakan proses pelupusan fail, beberapa perkara perlu diambil tindakan mengikut tatacara yang betul. Oleh itu, setiap pegawai yang terlibat perlu memahami tatacara ini.
Oleh itu, satu Bengkel Pelupusan Fail telah diadakan untuk memberi kefahaman kepada para peserta berkenaan tatacara dan situasi semasa proses pelupusan ini dijalankan.
Bengkel ini diadakan bertujuan memberi kefahaman kepada para peserta berkenaan tatacara dan situasi semasa proses pelupusan fail ini dijalankan.
Seramai 35 orang kakitangan PPM telah menghadiri bengkel ini. Semoga bengkel yang diadakan ini dapat memberikan kefahaman yang menyeluruh kepada para peserta dan seterusnya berjaya untuk membuat aktiviti pelupusan fail dengan cekap dan berkesan.