SESI DEMONSTRASI INSTRUMENTASI MIKROSKOP

SESI DEMONSTRASI INSTRUMENTASI MIKROSKOP
IPOH, 17 Februari - Cawangan Pelaksana Pengkomersialan, Pusat Penyelidikan Mineral dengan kerjasama Syarikat Novatiq Scientific Sdn Bhd., telah menganjurkan satu sesi demonstrasi instrumentasi mikroskop pada hari ini. Seramai 28 orang pegawai dan pembantu penyelidik telah menyertai sesi demonstrasi ini.
En. Charles Hooi dari Novatiq Scientific telah menyampaikan taklimat pengenalan Syarikat Novatiq Scientific Sdn Bhd diikuti dengan sesi pengenalan alat dan demonstrasi instrumentasi mikroskop oleh Dr Tan Poh Lai.
Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta dalam meningkatkan kefahaman terhadap instrumentasi mikroskop ini dan seterusnya dapat membantu dalam kerja-kerja penyelidikan dengan lebih baik dan berkesan.