
BANGI, 18 Februari 2025: ALAF UKM telah menganjurkan The 3rd i-CRIM UKM Scientific Instrumentation Seminar 2025 (SCI-INS) Yang telah diadakan di Bangi Resort Hotel, Bangi. Seminar ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan peralatan makmal terkini untuk tujuan analisis. Fokus telah diberikan kepada kepenggunaan yang berkaitan dengan analisis UNSUR NADIR BUMI (REE).
Dua penceramah jemputan dari Jjabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah dijemput untuk menyampaikan ceramah masing-masing. En. Mohd Zahar Ibrahim telah membentangkan ceramah yang bertajuk "Kajian Perbandingan Analisis Unsur NADIR BUMI (REE) menggunakan Kaedah Microwave Digestion System-ICPMS, Laser Ablation-ICPMS dan XRF".
Tajuk ini dikira sangat penting Untuk:
1. Memberikan pendedahan kepada penyelidik dan pelajar tentang kaedah analisis Unsur Nadir Bumi (REE) yang menggunakan peralatan berbeza seperti Microwave Digestion System-ICPMS, Laser Ablation-ICPMS, dan XRF. Peserta dapat memahami kelebihan dan kekurangan setiap teknik dalam aspek ketepatan, sensitiviti, dan keperluan sampel.
2. Membantu dalam pemilihan kaedah terbaik berdasarkan jenis sampel dan objektif kajian dan mengoptimumkan masa dan kos analisis dengan memilih teknik yang paling sesuai.
3. Kaedah yang dibincangkan boleh digunakan dalam bidang geologi, alam sekitar, industri perlombongan dan pembuatan bahan teknologi tinggi dan dalam masa yang sama memberi manfaat kepada industri yang bergantung kepada Unsur Nadir Bumi, seperti elektronik dan tenaga hijau.
4. Menyediakan platform untuk perbincangan dan pertukaran idea antara penyelidik dan pemain industri dan mendorong pembangunan kaedah analisis baharu yang lebih efisien dan mesra alam.
5. Melatih penyelidik dalam penggunaan instrumen analisis lanjutan dan meningkatkan keupayaan makmal dalam menjalankan kajian berkualiti tinggi.
Secara keseluruhannya, ceramah ini memberikan impak yang besar dalam memperkukuhkan penyelidikan dan aplikasi analisis REE di Malaysia, selaras dengan perkembangan teknologi global.