Johor Bahru, 13 Januari 2025 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 01/2025 JMG Johor telah diadakan di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Cik Fatimah Tuzaharah binti Kamaludeen diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Shazwan Zainie bin Jainal dan bacaan ikrar oleh Puan Marlia binti Bohari. Perutusan Pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin.
KERJA -KERJA PENILAIAN GEOLOGI DI NEGERI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
SHAH ALAM, 7 Disember 2024 - Sekitar Kerja-Kerja Penilaian Geologi di Selangor dan Wilayah Persekutuan oleh JMGSWP.
1. Penilaian Geologi dalam Perancangan Pembangunan di Kajang - pembangunan bekas kuari secara selamat.
2. Forensik Geologi Pasca Pembangunan di Putrajaya - mitigasi water seepage di jalan raya, mendapan dan risiko banjir (aspek geomorfologi).
3. Aduan water seepage di cerun di fasiliti pendidikan di Kuala Lumpur.
4. Aduan tanah runtuh di pelbagai lokasi dalam Selangor dan Wilayah Persekutuan.
JMG SWP komited untuk menyumbang kepakaran dalam pelbagai aspek perancangan pembangunan, pengurusan risiko bencana dan penilaian interaksi air permukaan dan air bawah tanah.
Penilaian dibuat secara lapangan dan insitu untuk membantu pihak berkepentingan membuat keputusan secara tepat dan efektif berdasarkan maklumat geologi tapak, sebelum kerja-kerja fizikal pembangunan atau pembaikan dilaksanakan.
Untuk makluman umum, maklumat geologi tapak amatlah penting untuk menentukan rekabentuk, menjamin keselamatan, keberkesanan dan kos pembangunan dan pembaikan.
Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang JMG atau MyGEMS.
#GeologyForLife
#UrbanGeology
#DisasterRiskReduction
#Sustainability
SESI MENANDATANGANI KONTRAK PERJANJIAN JMGSWP DAN GEOTECHNICA SDN. BHD.
SHAH ALAM, 14 Januari 2025 - Satu sesi menandatangani kontrak perjanjian telah diadakan bagi projek :
PERKHIDMATAN PENDIGITALAN DATA SUBPERMUKAAN SEDIAADA BAGI KAWASAN GREATER KUALA LUMPUR DI NEGERI SELANGOR DAN PEKHIDMATAN PENAWANAN DATA LIDAR SELUAS 10KM PERSEGI DI BUKIT ANTARABANGSA, SELANGOR DARUL EHSAN.
antara JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN dan GEOTECHNICA SDN BHD.
Makmal REE Dikunjungi MB Inc Terengganu
IPOH, 9 Januari 2025: Cawangan Perkhidmatan Makmal telah menerima kunjungan dari delegasi MB Inc Terengganu seramai lapan orang pegawai dan dua orang wakil JMG Terengganu iaitu En. Mazlan dan En. Aidil Arnulus Rema. Delegasi MB Inc di ketuai oleh En. Mazli Bin Mokhtar (Ketua Kewangan Korporat Dan Pelaburan MBI Modal Sdn. Bhd.)