Perkongsian Ilmu: Introduction To Gases In Laboratory ( General Use and Handling)

Perkongsian Ilmu: Introduction To Gases In Laboratory ( General Use and Handling)

IPOH, 5 Januari 2024: Telah di adakan sesi Perkongsian Ilmu secara mingguan kepada pegawai dan kakitangan baru di Cawangan Perkhidmatan Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal. Program bertujuan mendedahkan mereka kepada aktiviti sebenar yang terdapat di makmal BPT.

Baca selanjutnya

NAIKTARAF MAKMAL BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL

NAIKTARAF MAKMAL BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL

IPOH, 7 Januari 2024: Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal sedang dalam proses naiktaraf. Kerja-kerja naiktaraf telah pun bermula pada awal Oktober 2023 yang lalu. Sehubungan dengan itu kerja-kerja analisis penting seperti pasir silika dan Unsur Nadir Bumi (REE) berjalan seperti biasa.

Baca selanjutnya

SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA YBRS EN NOORAZHAR BIN NGATIMIN ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGARAH JMG JOHOR

SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA YBRS EN NOORAZHAR BIN NGATIMIN ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGARAH JMG JOHOR
Tahniah di ucapkan kepada Tuan Haji Noorazhar bin Ngatimin diatas perlantikan Pengarah JMG Johor berkuatkuasa pada 02 Januari 2024 bersamaan 20 Jamadilakhir 1445H.
 
Kami seluruh warga JMG Johor mengalu-alukan kehadiran Tuan di JMG Johor. Semoga dengan kepimpinan Tuan akan menyambung dan meneruskan lagi kecemerlangan JMG Johor.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 1/2024 JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 1/2024 JMG JOHOR

Johor Bahru, 02 Januari 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 1/2024 JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis telah dipengerusikan oleh Mohammad Saufee b. Sehat diikuti dengan bacaan doa oleh En. Muhammad Fariz b. Dzulkapri dan bacaan ikrar oleh En. Hairul b. Mohamed Shaharudin. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor yang baharu iaitu Hj. Noorazhar b. Ngatimin. Majlis diteruskan dengan pengenalan kakitangan JMG Johor kepada Pengarah baharu JMG Johor.

Baca selanjutnya

Kunjungan dari Public Bank Berhad dan Perbincangan bagi mewujudkan kerjasama dua hala JMG-Public Bank Berhad.

📍 Ibu Pejabat JMG
📆 27 Disember 2023
 
Suatu sesi taklimat telah diberikan kepada Public Bank Berhad bagi menerangkan tentang program Geopark serta kepelbagaian Geotapak bagi rangka kerja berpotensi kelestarian alam sekitar dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Semoga hubungan yang terjalin ini akan dimanfaatkan bagi perkembangan geosains antara kedua belah pihak.