PERKONGSIAN ILMU: PERSAMPELAN AIR TANAH DAN ANALISIS KUALITI AIR TANAH

PERKONGSIAN ILMU: PERSAMPELAN AIR TANAH DAN ANALISIS KUALITI AIR TANAH

Ipoh, 8 Disember 2023: Telah di adakan sesi Perkongsian Ilmu secara mingguan kepada pegawai dan kakitangan baru di Cawangan Perkhidmatan Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal. Program bertujuan mendedahkan mereka kepada mereka aktiviti sebenar yang terdapat di makmal BPT.

Baca selanjutnya

Lawatan Kerja ke Taman Eko Rimba Lata Kekabu, Lenggong Perak.

Lawatan Kerja ke Taman Eko Rimba Lata Kekabu, Lenggong Perak.
Lawatan Kerja ke Taman Eko Rimba Lata Kekabu, Lenggong Perak.
 
📍Taman Eko Rimba (TER) Lata Kekabu, Lenggong Perak.
📆 18 Disember 2023
 
Ketua Pengarah JMG bersama Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN, Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), pegawai-pegawai kanan kementerian, beberapa jabatan dan agensi kerajaan telah melakukan lawatan kerja ke Geopark Lata Kekabu.
 
Penerangan teknikal tentang TER telah diberikan oleh wakil daripada JPSM dan En. Mat Niza Abdul Rahman, Timbalan Pengarah JMG Perak memberikan penerangan teknikal berkaitan geotapak Lata Kekabu yang merupakan sebahagian daripada Geopark Lenggong.
 
Lawatan ini disempurnakan dengan acara penanaman pokok oleh ketua-ketua jabatan dan wakil-wakil kementerian

Lawatan Kerja ke Tapak Projek Perintis Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Mukim Kenering

Lawatan Kerja ke Tapak Projek Perintis Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Mukim Kenering
Lawatan Kerja ke Tapak Projek Perintis Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Mukim Kenering
 
📍Kenering, Perak
📆 18 Disember 2023
 
Ketua Pengarah JMG bersama Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN, Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, pegawai-pegawai kanan kementerian, beberapa jabatan dan agensi kerajaan telah melakukan lawatan kerja ke Tapak Projek Perintis Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Mukim Kenering.
 
Penerangan teknikal telah diberikan oleh wakil daripada MCRE Resources Sdn. Bhd., operator lombong NR-REE tersebut.
Delegasi telah diberi penerangan tentang setiap proses perlombongan NR-REE yang dijalankan di tapak projek.
 
Taklimat berkenaan teknik pengekstrakan jerapan ion secara larut resap in-situ (In-Situ Leaching) sehingga ke pemprosesan bijih untuk menghasilkan karbonat lantanida sebagai produk akhir telah diberikan.

Lawatan YB Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam ke Galeri Lenggong Geopark

Lawatan YB Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam ke Galeri Lenggong Geopark
Lawatan YB Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam ke Galeri Lenggong Geopark
 
📍Lenggong
📆 18 Disember 2023
 
YB Nik Nazmi Nik Ahmad telah melawat Galeri Lenggong Geopark yang merupakan suatu galeri yang amat menarik yang memuatkan penceritaan berkaitan geologi, arkeologi dan pelbagai elemen lain yang menarik di Lenggong Geopark.
 
Turut sama ialah Ketua Pengarah JMG, pegawai-pegawai kanan kementerian, beberapa jabatan dan agensi kerajaan.
Penerangan teknikal telah diberikan oleh Prof. Dato' Dr. Mokhtar Saidin, ahli geologi - arkeologi serta En. Mat Niza Abdul Rahman, Timbalan Pengarah JMG.
 
Tahukah anda yang meteorit pernah menghentam daerah Lenggong pada 1.83 juta tahun yang lalu ?
Banyak lagi yang anda boleh pelajari di galeri ini.

KEJADIAN TANAH RUNTUH DI TAMAN WAWASAN, PUCHONG DAERAH PETALING

KEJADIAN TANAH RUNTUH DI TAMAN WAWASAN, PUCHONG DAERAH PETALING
KEJADIAN TANAH RUNTUH DI TAMAN WAWASAN, PUCHONG DAERAH PETALING
 
📍Puchong, Selangor
📆 17 Disember 2023
 
YBhg. Datuk P.Geol. Zamri Ramli, Ketua Pengarah JMG bersama YBrs. P.Geol. En. Tuan Rusli Tuan Mohamed, Pengarah JMG Negeri Selangor/W.Persekutuan serta pasukan geologi kejuruteraan JMG Selangor/W.Persekutuan telah berada di lokasi kejadian tanah runtuh pada awal pagi ini.
 
Pasukan JMG telah membuat siasatan tapak di lokasi kejadian bagi meninjau keadaan tapak serta memberi input teknikal kepada Tuan OCPD Puchong, Pegawai Daerah Petaling dan Majlis Bandaraya Subang Jaya berkenaan dengan kestabilan tapak dan langkah-langkah mitigasi yang perlu dilaksanakan dengan segera.
 
Pemerhatian awal menunjukkan tanah runtuh tersebut berdimensi 60m lebar, 50m panjang dan berkedalaman 3m.
Pihak JMG Selangor/W.P. akan terus memantau pergerakan tanah dan memberi input teknikal berkaitan geologi serta berkerjasama dengan pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling dan pihak polis.