Kuantan, 22 Oktober 2024: Seramai lima orang pegawai dari Makmal Geokimia Kuantan bersama pegawai projek dari JMG Pahang telah mengadakan Lawatan Kerja ke Tapak Penggerudian Projek Susulan SGA ECER di Kawasan Anomali P18, Ladang Gambang YPPH, Pulau Manis, Pekan, Pahang.
Lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Pegawai Makmal tentang proses dan teknik penggerudian serta kerja-kerja persampelan di lapangan. Ianya juga bertujuan untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam bidang eksplorasi geokimia.
Terima kasih kepada Pegawai Projek ECER dan JMG Pahang kerana memberikan kerjasama dalam menjayakan lawatan kerja ini.