Kuantan, 3 Oktober 2024: Makmal Geokimia Kuantan telah mengadakan lawatan ke Syarikat Lynas di Gebeng Kuantan. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan makmal tentang pemprosesan Unsur Nadir Bumi (REE). Para peserta diberi taklimat dan dibawa melawat ke Makmal analisis REE syarikat berkenaan.
Terima kasih kepada pihak Lynas kerana sudi menerima kunjungan daripada warga Makmal Geokimia Kuantan