Latihan Pengungsian Bangunan Makmal Geokimia Kuantan

Latihan Pengungsian Bangunan Makmal Geokimia Kuantan

Kuantan, 23 Oktober 2024: Satu Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) di Makmal Geokimia Kuantan telah berjaya dijalankan. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Objektif program inin adalah untuk memberikan pendedahan dan latihan serta kesedaran kepada semua warga Makmal berkaitan langkah-langkah kecemasan kebakaran. Di samping itu juga, ianya bertujuan untuk menilai tahap keberkesanan Sistem Pengurusan Kecemasan berdasarkan kapasiti organisasi yang wujud.

Matlamat program adalah untuk memastikan bahawa semua kakitangan bertindak dan memberi respon bagi proses pengungsian bangunan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu tidak melebihi 5 minit. Syabas diucapkan kepada warga Makmal Geokimia Kuantan kerana telah berjaya membuat pengungsian banguanan dalam masa 3 minit sahaja.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Indera Mahkota, Kuantan, Pahang kerana telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Written by : zahar